Friday, February 19, 2010

siAPaKah Akuu....

jom dengar lagu,,,,

LOVE ME....
JUSTIN BIEBRE ~



tak boring pun... mmmm

Thursday, February 18, 2010

hiKMah teRApi aiR MAta 2

Hari tue saya dah masukkan sedikit cerita tentang air mata nie.... mungkin ada sesetengah pembaca yang singgah ke lman blog saya yang tak seberapa nie tertunggu ape lagi kelebihan yang ada di dalamnya....


TAHUKAH ANDA AIR MATA BUKAN MILIK ORANG LEMAH...

Menangis bagi kaum lelaki dan peremouan adalah cara yang paling berkesan untuk memperbaiki keadaan kesihatan. menagis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang, malahia merupakan cara semulajadi untuk menghilangkan bahan-bahan yang membahayakan dari dalam tubuh yang keluar semasa manuisa dilanda rasa putus asa dan ketakutan....

Kajian kedotoran mengukuhkan bahawa otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya penyakit...Oleh itu menangis dapat menambah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang sangat berguna bagi sekat rogga badan, urat-urat dada dan kedua-kedua bahu, maka adalah wajar apabila menagis, kecepatan degup jantung kembali ke asalnya semua lahingga ke akhir perasaan tenang....

walaubagaimanapun........

MENANGIS ITU PERLU.. TETAPI!!!!

Kadangkala perasaan anda mengalami kemurungan berpunca dari pelbagai tekanan hidup yang bermacam jenis yang mendera anda, baik tekanan sosial ekonomi ataupun tekanan kejiwaan. kadang-kadang anda menemui diri anda kaku menghadapi tekanan itu. Anda tidak mampu berbuat apa2 ketika berhadapan dengannya..... Lantas anda pun merasakan tegang, menyerah dan lemah tidak berdaya. Perasaan kemurungan ini semakin ketara ketika anda dengan rakan sejawat di pejabat. ini boleh mengakibatkan mental anda menjadi turun, bersikap ragu2 dan putus asa......


bersambung..........................

beRCUti DI KAmPUng HALamaN K.NIza

thanks untuk k.niza yang sudi bawak diriku ini berjalan2 di kampung halaman nye....
hehehe

Saturday, February 6, 2010

tiPS cePAT jOdOH



Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!
Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.
Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!


Alhamdulillaah. Petua bermanfaat. Hamba juga ingin kongsikan satu petua, dari Buku “Zikir Asma’Ul Husna 99 Nama ALLAH”, hasil karangan & penulisan Ustaz Hassan Mia.
Inilah Petuanya…
Langkah Pertama.
1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Selawat 1x.
3. Baca Zikir Asma’ “YA ‘ALIYYUL ‘AZHIIM” 11x.
4. Baca Selawat 1x.
Setelah selesai Langkah Pertama, seterusnya Langkah Kedua.
1. Baca Bismillah 1x.
2. Baca Ayatul Kursi 3x.
(Bismillah hanya dibaca pada sebelum bacaan Ayatul Kursi pertama sahaja, kedua & ketiga terus membacanya, yakni tanpa perlu disulami dengan bacaan Bismillah.)
3. Setelah selesai bacaan Ayatul Kursi ketiga (terakhir) itu, tarik@sedut satu nafas yang dalam, kemudian hembus@tiup pada kedua-dua belah tapak tangan, lalu disapu ke muka@wajah & kedua-dua mata.
*Note:
Petua ini hendaklah diamalkan secara berterusan & Istiqomah, amal sehari sekali sudah dikira cukup baik. Waktu mengamalkannya boleh dilakukan sebarang waktu mengikut keperluan & kehendak saudara-saudari.
Namun dalam kebanyakan mana2 ajaran & jalan yang hamba menuntut dalam mengamalkan Petua2 ini, antara salah satu waktu yang paling Afdal & Aula ialah pada ketika dalam waktu Subuh.
Banyak dari para Alim Ulama yang hamba pernah & ada menuntut, menyatakan bahawa pada waktu Subuh lah, adalah merupakan antara salah satu waktu yang di dalamnya terdapat paling banyak barokah.
*Insya’ ALLAH & BI-IZNILLAAH, baik saudari mahupun saudara, akan dilamar.
*Semoga sekalian Saudari-Saudari yang SeKalimah dengan hamba yang budiman-budiwati lagi dihormati serta disegani, dikurniakan sebaik-baik pasangan (Soleh/Solehah), Insya’ ALLAH (AMIIN).
Wallahu’alam…
Wassalaamu…


Petua cepat dapat jodoh
1) Amalkan membaca zikir “Ya Rahman,Ya Rahim” setiap selepas solat subuh sebanyak 100 kali selama 44 hari atau setiap kali selesai menunaikan solat.Insyaallah muka akan nampak berseri dan awet muda.Tapi semua ini adalah dengan izin Allah S.W.T.

Salam, betul 2, jgn hanya berdoa tapi tak berusaha…
Berusaha boleh dari segi sembahyang hajat, mencari kenalan, hadir di majlis ilmu ke..masjid ke…majlis kenduri/kahwin..
Kebanyakan jodoh ni dtg melalui org perantaraan seperti kwn2/saudara kenalkan.
Pas tu…kena redhalah siapa yg dikenalkan.
Yg penting kwn dulu… dah rasa sesuai baru teruskan.


Wednesday, February 3, 2010

hiKMah teRApi AIr maTA....

mmmm bile kite lihat org menangis... atau sedih.. boleh2 kite minta dia jangan menangis... ini kerana naluri seseorg bile melihat org sedih...hati kite pun turut merasakan kesedihan... tetapi persoalananye adakah air mata itu baik untuk kite... jom kite baca nie...

"menangis adalah satu sifat yang menjadi
garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain...
menangis tidak hanya berkait rapat dengan kesedihan,
malah juga dengan kebahagian..."

Alquran telah nenyebut perihal menangis pada banyak tempat.. Al-quran memuji orang-orang yang selalu menangis yang disebakan mencapai tahap makrifatullah kepada ALLAH dan kerana takut kepadanya...dan ada juga hadith2 yang menguatkan tentang kebaikan menangis ini... ternyata saya silap dalam menilai tentang kebaikan menangis....

Ada satu petikan ayat dari doktor frey berkata " air mata dapat bekerja secara berkesan membersihkan mata kita. ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebakan berbagai-bagai penyakit, seperti luka, tekanan darah tinggi dan radang usus besar".. ini kerana terdapat banyak nye horman yang ada pada air mata itu.. sehinggakan bile kite puas menangis kita akan berasa lega dan lebih baik....

kajian perubatan mengukuhkan bahawa 86% perempuan dan 73% lelaki berasa lega setelah menangis...ia mengalir akibat kesedhan.. manakala hanya 20% sahaja menangis akibat kegembiraan...dan para ilmuan kedoktoran telah bersetuju bahawa menagis adalah salah satu kaedah perubatan....

ingatlah.. "menangis tidak boleh mengembalikan bahagisan dari masa lalu... bahkan merupakan bahagian dari masa sekarang dan kompas untuk masa depan....."


bersambung........

p/s from khadijah :jom sama2 kite fikirkan