Monday, August 16, 2010

ceriTA RindU

Manusia diduga dengan pelbagai ujian hidup.. ada yang senang ada yang susah...ada yang tenang ada yang serabut... begini kisah seorang yang yang berjuang kejalanNYA merindui anak dan isteri...

Hasrat seorang ayah termakbul akhirnya apabila beberapa kali keinginan ke tanah suci tidak tertunai. dan pada usia 40-an hasratnye termakbul. Niatnya untuk memfokus betol2 kehadirannya ke tanah suci..di tanah suci dia berkongsi bilik dengan seorang pegawai kanan sebuah syarikat berusia kira-kira 60tahun..


Satu hari selepas solat zuhur, ketika mereka berada di Mekkah, seorang tua berumur kira2 80 tahun mendekati pegawai itu. pegawai itu memperkenalkan lelaki itu sebagai ayahnya. Rakan saya memerhati penuh minat hubungan anak dan ayah yang begitu mesra dan intim. Si ayah sekali sekala menepuk -nepuk lembut belakang anaknya. Rakan saya segera teringat akan ayahnya... kemudia segera pula dia teringat isteri dan anaknya di tanah suci. rindu serta merta datang dan semacam sukar ditahan- tahan. buat seketika...

Menjelang waktu asar, dia seperti biasa menyusun langkah ke Masjidil Haram yang beberapa ratus meter dari hotel penginapannya. Tiba di pintu masuk, dia ditahan oleh pegawai pintu, tidak dibenarkan masuk, dia tertanya2 sebabnya, sambil melangkah ke arah pintu yang lain. di pintu masuk yang lain pun mengalami perkara yang sama juga. kini langkahnye berdebar2 2 kali perkara yang sama berlaku kepadanya... dia tekad kalau selepas ini berlaku perkara yang sama dia akan balik ke hotel... kejadian itu berulang lagi untuk kali ke tiga, dia sersentak begitu terasa di uji. dan dia pun balik ke hotel...

Ketika di hotel dia memperbaharui wudhu' dan buat solat taubat dan memohon kepada tuhan untuk mengembalikan niat nya di tanah untuk beribadah. kemudia Allah mencampakkan rasa tenang dalam hatinya, kemudia melankah semuala ke masjidil haram. kali ini dia lebih fokus dan tenang....

bagaimana pula dengan kite.. renung2 kan lah!!!

Wednesday, August 11, 2010

aPa ADA pADa aiR maTA Wanita



Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah...
Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, August 10, 2010

raMADhan MEnjADi turNINg poiNT

Kisah bulan Ramadhan yang dapat saya kongsi bersama dengan para pembaca...

Salah satu keberkatan bulan Ramadhan, Allah memudahkan seseorang untuk membuat perubahan diri pada bulan ini.. Hal ini sangat dirasai oleh Norzizi yang mendapat kekuatan untuk membuat perubahan diri dengan keberkatan Ramadhan...

Sekian lama, Norzizi merasakan dirinya tidak begitu sempurna. walaupun dia mendirikan solat dan mengaji al-Quran, masih ada rasa satu kekurangan dalam diri. Dia belum mengenakan tudung sebagaimana yang Allah SWT perintahkan untuk melengkapkan penampilan sebagai muslimah. keinginan sudah ada, tetapi belum ada kekuatan dalam diri untuk melaksanakannya.

Keinginan untk bertudung itu terbawa-terbawa sewaktu dia mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang "FINE ARTS TEATRE DIRECTING di Middlesex University of Londn"...

Seminggu selepas graduasi norzizi mengadakan majlis khatam al-quran sebagai tanda tamat pengajiannya selama setahun dengan seorang ustazah di London. Selesai sahaja majlis itu, entah kenapa perasaan hati meluap2 untuk mengenakan tudung.

Allah seolah2 memberi tandanya pada Norzizi. ketika Norzizi sedang berjalan2 di tengah kota Landon , tiba2 melintas di hadapanya seorang perempuan arab yang bertudung. lalu terlintas di hati Norzizi untuk mengenakan pakaian yang sempurna menutup aurat, seperti muslimah itu.

Perasaan ini terus dibawanya apabila plang ke tanah air. bagaimanapun, da bulan selepas pulang ke Malaysia , Norzizi masih belum juga menemui kekuatan untuk berhijrah. Hinggalah tibanaya bulan Ramadhan dengan pesta ibadah, Norzizi mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk mengubah imej sebagai seorang Muslimah. dia mula mengenekan tudung.

Norzizi bersyukur , ramadhan menjadi 'turning point' kepada penghijrahan itu. Dengan sokongan suami dan ibu bapanya, dia memilih untuk terus bertudung....

##Semoga kita sama2 menjadikan ramdhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan yang lepas... berlumba2 mencari keberkatanNYA pada bulan yang mulia ini...