Tuesday, August 10, 2010

raMADhan MEnjADi turNINg poiNT

Kisah bulan Ramadhan yang dapat saya kongsi bersama dengan para pembaca...

Salah satu keberkatan bulan Ramadhan, Allah memudahkan seseorang untuk membuat perubahan diri pada bulan ini.. Hal ini sangat dirasai oleh Norzizi yang mendapat kekuatan untuk membuat perubahan diri dengan keberkatan Ramadhan...

Sekian lama, Norzizi merasakan dirinya tidak begitu sempurna. walaupun dia mendirikan solat dan mengaji al-Quran, masih ada rasa satu kekurangan dalam diri. Dia belum mengenakan tudung sebagaimana yang Allah SWT perintahkan untuk melengkapkan penampilan sebagai muslimah. keinginan sudah ada, tetapi belum ada kekuatan dalam diri untuk melaksanakannya.

Keinginan untk bertudung itu terbawa-terbawa sewaktu dia mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang "FINE ARTS TEATRE DIRECTING di Middlesex University of Londn"...

Seminggu selepas graduasi norzizi mengadakan majlis khatam al-quran sebagai tanda tamat pengajiannya selama setahun dengan seorang ustazah di London. Selesai sahaja majlis itu, entah kenapa perasaan hati meluap2 untuk mengenakan tudung.

Allah seolah2 memberi tandanya pada Norzizi. ketika Norzizi sedang berjalan2 di tengah kota Landon , tiba2 melintas di hadapanya seorang perempuan arab yang bertudung. lalu terlintas di hati Norzizi untuk mengenakan pakaian yang sempurna menutup aurat, seperti muslimah itu.

Perasaan ini terus dibawanya apabila plang ke tanah air. bagaimanapun, da bulan selepas pulang ke Malaysia , Norzizi masih belum juga menemui kekuatan untuk berhijrah. Hinggalah tibanaya bulan Ramadhan dengan pesta ibadah, Norzizi mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk mengubah imej sebagai seorang Muslimah. dia mula mengenekan tudung.

Norzizi bersyukur , ramadhan menjadi 'turning point' kepada penghijrahan itu. Dengan sokongan suami dan ibu bapanya, dia memilih untuk terus bertudung....

##Semoga kita sama2 menjadikan ramdhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan yang lepas... berlumba2 mencari keberkatanNYA pada bulan yang mulia ini...

No comments:

Post a Comment