Thursday, June 24, 2010

peghinaan terhadapa agama ISLAM..

Baru2 ni saya ada bukak tagged.. dan ada seorang kawan telah meghantar sesuatu kepada saya... dan terasa wajib untuk saya sebarkan benda nie.. saya yakin ramai yang sudah tahu tentang cerita nie... dan begitu juge yang tidak tahu... saya hanya berkongsi... renung2 kanlah... islam makin ditindas... manusia makin alpa... orang yahudi sering berlumbe2 untuk jatuhkan agama islam... renung2kan lah...


JGN SKIP!!!

utk baca ni. Sebarkan kalau sayang pada islam.
BAHAYANYA KARTUN POKEMON POKEMON dan BINATANG2 yang ade dalamnya.


POKEMON bermaksud saya yahudi,
PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi.
CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah nauzubillah.

jadi. tolonglah SEBARKAN kepada rakan2. smua org yg ade yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni..
> anamuslim_cute_97@yahoo.com

die cuba nak murtadkan org Islam. tolong forwardkan mesej ni kepada sumer org Islam!!!(kalau rase sayang ngan org Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) jngan smbong n bongkak..skrng korng gembira larh. tnggu balasan dkat kubur

Wednesday, June 23, 2010

Friday, June 18, 2010

dUNia ku dan diRikU

AKU KEJE TAK LAH MCM NIE... TAPI SEAKAN2 BEGINI LAH... MASA KU BERSAMA KERJA DARI PAGI HINGGA KE MALAM... SEHINGGA TAK TAU DUNIA LUAR.. ARGHHH


OK ROGER............

Sunday, June 13, 2010

pETua PenawAR kepENATan yanG DiamALKAn ole RASUL SAW

Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang". "Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

  • bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
  • bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
  • bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.


Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu.
Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan).

Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."