Tuesday, January 5, 2010

KatA-kATa MOtivASi II

Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang-oleh Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum

1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah

approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 second then baru telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang

2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar

Tatacara didik anak

1. Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

2. Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

Tatacara didik diri sendiri

1. Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc

Ada 3 kategori manusia :-

  • BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
  • TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
  • CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah2an ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati.......Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu dari kelemahan diri saya. Sampaikanlah walau satu ayat... Wassalam.


Kriteria Utama Mengunci Kejayaan Anda

Sebagai seorang manusia, keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan adalah perkara biasa. Namun, masih ramai yang gagal untuk menghasilkan tindakan kerana dihantui oleh perasaan takut, tidak yakin dan pelbagai lagi.

Walaupun ramai yang tahu bahawa perasaan seperti ini hanya sekadar mainan di fikiran, namun kebanyakkan mereka telah biarkan perasaan tersebut menguasai diri mereka seterusnya membantutkan proses pertama kejayaan mereka iaitu tindakan.

Justeru itu, saya terpanggil untuk memberikan sedikit nota inspirasi pada para pembaca agar anda semua dapat melakukan tindakan serta merta untuk mencapai matlamat yang diinginkan dalam kehidupan.

“Face The Fear and DO IT ANYWAY”

Tidak dinafikan bahawa saya sendiri mempunyai perasaan takut untuk melakukan sesuatu. Namun ia tidak bermakna saya tidak bertindak. Konsep ini seringkali diwar-warkan oleh sebuah syarikat sukan terkemuka dunia iaitu Nike. Dimana mereka menggunakan tagline “Just Do It”.

Ketakutan adalah perasaan yang biasa anda hadapi dalam kehidupan seharian. Tetapi apa yang membezakannya bagaimana anda mengawalnya untuk menghasilkan tindakan. Jadi, saya sarankan agar “rasai ketakutan itu dan segera lakukan tindakan”. Biasanya selepas anda bertindak, perasaan takut tersebut akan hilang serta merta.

Dengan kata lain, anda mesti memecahkan dinding ketakutan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses tindakan yang seterusnya.

Bina Keyakinan Dengan Membuat Penyelidikan

Selepas bertindak, anda memerlukan sokongan supaya anda berjaya menghadapi proses-proses mencapai matlamat yang seterusnya. Untuk membina keyakinan,lakukan penyelidikan atau mendalami sesuatu itu dengan sebaik-baiknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada perasaan ragu-ragu menguasai diri anda.

Perasaan ragu-ragu ini akan wujud setelah anda berjaya menghadapi rasa takut untuk bertindak. Apa yang bahayanya ialah jika anda biarkan perasaan ini terus menguasai diri anda, maka anda berkemungkinan besar akan menyerah kalah lebih awal dan kembali semula ke “zone selesa” anda.

Jadi, pastikan anda terus melakukan persediaan terhadap diri sendiri dengan mendalami ilmu sebanyak yang mungkin. Dengan ini, anda mampu untuk menghapuskan perasaan ragu-ragu.

Ingat Bahawa Kejayaan Adalah Sebuah Proses

Adakalanya punca anda tidak berjaya mencapai matlamat yang diinginkan disebabkan oleh minda anda yang menganggap bahawa memperoleh kejayaan adalah semudah A-B-C. Mempunyai mindset seperti ini mampu melumpuhkan anda dalam mencapai kejayaan pada bila-bila masa kerana anda tidak memahami apakah erti kejayaan yang sebenarnya.

Apabila bercakap mengenai kejayaan, ia adalah sebuah proses yang memerlukan tindakan yang berterusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang diingini.Contohnya; Jika anda ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM, maka anda memerlukan tindakan yang berterusan untuk memahami ilmu-ilmu yang disertakan dalam buku mata pelajaran tersebut supaya ia dapat memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakann dalam peperiksaan kelak.

Kesimpulannya, kejayaan memerlukan dua elemen iaitutindakan pertama dan berterusan (proses) bagi mencapai matlamat yang anda inginkan. Semoga anda semua mendapat inspirasi dan motivasi melalui artikel ini. Salam kejayaan.